Monday, July 5, 2010

BetuL kAtA mAk

Assalamualaikum...


Betul kata mak, 'air yang tenang jgn di sangka tiada buaya'. Lelaki sanggup berlagak baik selama yang mereka blh hanya utk mendapatkan apa yg mereka mahu dan utk menipu perempuan.
Betul jugak kata org, ' jgn syg sgt dgn seseorang sebab nnt akan benci sgt dgn org tu'. Benda ni betul2 dah terjadi ngn aku. Aku tak mintak jadi lagi dan lagi. Salah ker aku menerima cinta baru di dlm hidup aku selepas dia? Atau memang aku sudah tidak akan bertemu seseorang yg sepatutnya sebelum ini, bak lirik lagu Katy Perry, 'Thinking of you', " maybe i can't get the better because i have met the best"? sounds like that lah.
Muka baik sangat, memang tak akan sangka dia akan menipu, tapi hakikatnya, dia menipu.
Dia bertopengkan muka baik dia tu utk menipu mungkin bukan aku, mungkin ramai lagi.
Apa erti solat yg di didirikan, kalau menipu bagai serigala kelaparan?
Dia even tak mampu jadi lelaki bagi aku, sebab dia tak mampu utk jujur.
JUJUR? Jujur, benda yang aku paling pegang even aku perempuan yang jahat sekalipun.
Jujur jugaklah aku pentingkan dalam hidup aku semenjak aku berjumpa dengan si dia 5 tahun lalu sampai ke hari ini.
Bagi aku, JUJUR adalah penawar segala sakit hati walaupun kadang kejujuran itu menyakitkan.
Aku pun tak tahu, mata sudah penat utk menangis, hati sudah penat utk memendam, sakitnya bila jatuh lagi sekali.
Aku tak mahu lagi, kali ini cukuplah sakitnya lebih dr sakit yg dulu2.
Tiba-tiba aku rasa yg aku sudah membenci dia, SANGAT MEMBENCINYA.
SANGAT SANGAT MEMBENCINYA!
Aku tak akan mendoakan yang tak baik, tahu, apa yg dia buat hari ini, selama ini dgn aku,
TUHAN akan bayar CASH.
Mungkin bukan dgn dia, tapi dgn keturunannya.
Cepat atau Lambat pasti akan setimpal, sebab aku percaya adanya TUHAN yang akan melihat aku dipermainkan selama setahun.
Air mata sudah tidak berguna lagi, hati lebih bengkak dr mata.
TUHAN itu maha kuasa, dia membuktikan kpd aku siapa dia sebenarnya, yg mana kata-katanya jauh berbeza dgn perbuatannya.
Yakin pd TUHAN, walaupun aku tak sehebat dia yg kononnya solat, mengenal hukum hakam Islam,
tapi bertopengkan serigala , namun aku yakin TUHAN sentiasa mendengar hati umatnya, bukan mendengar mulut sahaja.
Tidak adil kalau aku bertanyakan pd diri, "Kenapa aku yg diduga?"
Sebab apa yg terjadi buruk dr aku sendiri dan baik hanya dr DIA.
Aku tak menyalahkan pernah menyayanginya, dia yg buat aku sampai meyayanginya sampai ke tahap ini, namun aku tidak pernah minta di lakukan begini.
Kebodohan aku, bila menyayangi seseorang, aku terlalu menyayanginya, tapi sebodoh-bodoh aku, TLG JGN TIPU AKU.
Nanti, di masa hadapan, bila keturunannya yang mendapat balasannya, dia akan bertanya, "Kenapa dia yang diduga?"
Sebenarnya itu balasan.
Apa yg penting skg ini, hanya aku, diriku.
Mungkin hari ni aku jatuh, atau selalu jatuh, dijatuhkan, esok lusa mungkin bahagia di depanku.
Semua yg jadi ada hikmah yg tersembunyi. Kalau TUHAN menulis warkah selok belok perjalanan hidupku begini, aku REDHA.
REDHA drpd REDHA yg disebutnya hanya menipu itu.
TUHAN ITU MAHA KUASA, MAHA ADIL, MAHA MENDENGAR.
Hati ku sakit hari ini, esok lusa TUHAN akan menyakitkan hatimu balik.
Kejayaan kau sekarang ini tidak akan berkekalan kerana perbuatan kau.
Hati yg kau sakiti ini lebih berharga, jauh lebih berharga drpd harta dan kejayaanmu skg.
Andai kata aku ditakdirkan terjumpa dgn dia lagi, Aku tidk mahu memandangkan sedikit pun raut wajah yg telah banyak meninggalkan luka dalam di hatiku.
Berapa lama masa yg perlu aku jalani utk pulih semula, aku redha.
Aku pasti segala yg jadi ini, akan menjadikan aku Lebih gagah dr lelaki, Lebih tabah dr PENIPU itu.
SI PENIPU itu sebenarnya tdk layak utk jadi KETUA KELUARGA.
Apa yg dia ada hari ini utk menggikan darjatnya tidak setinggi BUSUKNYA HATINYA.
Seadanya aku, si Perempuan yg tidak ada apa-apa ini, namun aku bangga ada hati yg cukup ikhlas pernah menyayanginya.
Namun hari ini, saat ini, bukan lagi saat utk menyayanginya.
AKU BERDOA SATU HARI NANTI DIA SEDAR.
Mungkin dia kata dia jujur, lihat lah di masa depan kejujuran siapa yg sebenarnya benar. AKU ATAU ENGKAU.

No comments:

Post a Comment